Tempat dan Namanya

Oleh ATMAN

Semua tempat ada namanya. Sesuatu nama itu biasanya dipilih terlebih dahulu sebelum diberikan kepada sesuatu petempatan atau lokasi, seperti bandar, kampung, ladang, pekan, ataupun taman. Tindakan ini diambil untuk memudahkan orang ramai membuat rujukan atau panggilan bagi sesuatu tempat tersebut. Persoalannya, bagaimanakah sesuatu tempat itu mendapat namanya?

Pada  kebiasaannya, masyarakat tempatan yang akan memberikan nama untuk sesuatu tempat. Nama tersebut pula tidaklah muncul begitu sahaja atau secara sewenang-wenangnya. Biasanya, ada kisah atau cerita di sebalik setiap nama yang diberikan. Menurut David Crystal (1993), dalam The Cambridge Encyclopedia of English Language, nama yang diberikan untuk persekitaran membekalkan sumber maklumat yang cukup unik tentang sejarah, struktur, adat, kepercayaan dan nilai masyarakat tertentu.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa November 2011.

Bahasa Melayu Teras Tamadun Bangsa

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa merupakan asas dan prasyarat utama perkembangan tamadun manusia. Perkembangannya bermula semenjak wujudnya manusia atau jika mengambil perspektif Charles Darwin, bahasa lahir serentak dengan kemunculan spesies homo sapiens.

Hipotesis tentang teori bahasa yang didukung oleh Darwin menyatakan bahawa bahasa hakikatnya muncul secara evolusi yang bermula daripada gerakan mulut apabila alat suara, seperti lidah, pita suara, dan hidung, berusaha meniru gerakan tangan untuk menimbulkan suara. Suara tersebut kemudiannya dihubungkan dalam suatu sistem yang mempunyai makna.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa November 2011.

Kata Nyawa Bahasa

Oleh S. NATHESAN

Perkataan merupakan nyawa bagi bahasa. Tanpa perkataan, kelangsungan hidup bahasa menjadi sukar. Saban hari bilangan perkataan bertambah dalam leksikon bahasa. Persoalannya, adakah semua perkataan yang terdapat dalam leksikon menjadi milik bahasa tersebut? Sudah tentu tidak!

Sesuatu bahasa terdiri daripada perkataan asli. Secara evolusi, bahasa tersebut meminjam banyak perkataan daripada bahasa yang bertembung dengannya. Kata pinjaman merupakan salah satu sumber penting bagi perkataan baharu. Leksikologi pula memberikan tumpuan terhadap perkataan, termasuklah kata pinjaman.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa November 2011.

Etnik Bajau dan Identitinya

Oleh AWANG AZMAN AWANG PAWI

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, B a j a u merupakan eksklusif kepada suku kaum yang terdapat di Sabah, yang sering disinonimkan dengan imej berkuda dan kehidupan maritim. Namun, stereotaip ini hanyalah sebahagian kecil daripada gambaran keseluruhan mengenai etnik ini. Bajau melangkau imej yang terpapar dalam brosur pelancongan yang dijadikan bahan penarik dunia eksotik tentang etnik dan keetnikan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa November 2011.

Kegeniusan Bahasa Melayu

Oleh ABDUL RAZAK @ ABDULROYA PANAEMALAE

Setiap bahasa di dunia ini merupakan anugerah Tuhan kepada setiap umat-Nya. Setiap bahasa itu  juga ada ciri keistimewaannya yang tersendiri. Demikian juga dengan bahasa Melayu.

Dalam konteks ini, ketinggian bahasa Melayu telah dapat dibuktikan dengan lahirnya banyak karya ilmiah yang dihasilkan oleh para cendekiawan Melayu sejak zaman alam Melayu mula menerima kemasukan Islam. Selepas Islam bertapak kukuh, persuratan Melayu semakin berkembang apabila para pujangga dan ulama silam telah merakamkan citra bangsa dalam bentuk hikayat, kitab agama, dan seni sastera.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa November 2011.

“E-mel”, “E-mel” atau “Mel-e”

Oleh MOHD. ISA ABD. RAZAK

Kita sering menemukan ejaan “emel”. Selain itu, ada juga yang menggunakan ejaan “mel-e”. Kedua-dua bentuk ejaan tersebut sebenarnya tidak tepat. Ejaan yang baku ialah “e-mel”. Tanda sempang digunakan untuk menghubungkan suku kata “e” dengan suku kata “mel”. Ejaan yang baku ini tersenarai dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KDEK), Kamus Pelajar dan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan Jawi Edisi Kedua (DKBM).

Dalam KDEK, bawah entri “e-mel”, diterbitkan satu kata terbitan, iaitu “meng-e-melkan”. Demikian juga halnya dalam DKBM, ada satu kata terbitan, iaitu “menge-melkan”. Dalam Kamus Pelajar, pula ada dua kata terbitan, iaitu “meng-e-melkan” dan “penge-melan”. Dalam KDEK dan Kamus Pelajar, untuk kata terbitan “e-mel”, dua tanda sempang digunakan. Dalam DKBM, hanya satu tanda sempang digunakan. Ejaan manakah yang betul?

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa November 2011.

Unsur Alam dalam Nama orang Melayu

Oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

Dahulu, orang Melayu cenderung mengambil unsur alam untuk menamai anak mereka. Hal sedemikian dilakukan kerana unsur alam amat mudah diingati, enak didengari, dan sangat hampir dengan kehidupan masyarakat ketika itu.

Hal ini turut terjadi kerana pada zaman dahulu, masyarakat sangat menghargai alam, dan tidak “gila” atau tega melakukan pelbagai pencemaran alam, baik secara langsung mahupun tidak langsung, dan dalam keadaan sedar atau di luar sedar. Sikap menghargai alam dalam kalangan masyarakat zaman dahulu itu juga berkaitan dengan kesedaran betapa pentingnya alam yang kaya dengan flora dan fauna, yang dapat dimanfaatkan oleh mereka. Misalnya, ada tumbuh-tumbuhan tertentu dapat digunakan dengan meluas, seperti batang wali.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa November 2011.

MEMPERKAYA WAWASAN PEMBACA