All posts by Bual bahasa

Bahasa Melayu Tinggi

Oleh DIARANI MAT ADAM DAN ZURAINI HAJI ABU BAKAR

“Bahasa Melayu tinggi sering dikaitkan dengan hubungan manusia dan alam, seperti yang terdapat dalam puisi, peribahasa, pepatah Melayu, gurindam, pantun dan sebagainya. Peribahasa merupakan budaya Melayu yang sangat tinggi dan menggambarkan semangat keakuan dan kekitaan yang ada pada orang Melayu.” – Profesor Dr. Abdul Latif Samian.

Abdul Latif Haji Samian ialah Profesor Falsafah dan Pengarah di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) Malaysia dan pakar dalam Jawatankuasa Pemupukan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia Malaysia (MABBIM). Beliau juga berpengalaman luas dalam bidang akademik, sama ada dalam negeri mahupun pada peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, sidang editor Dewan Bahasa telah berkesempatan menemu bual beliau untuk mendapatkan pandangan tentang bahasa Melayu tinggi.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa Januari 2012.

Korpus DBP Asas Korpus Kebangsaan

Oleh ZAIDI ISMAIL dan ZURAINI HAJI ABU BAKAR

“Kalau kita cinta akan bahasa kita, maka kita perlulah memperkuat ilmu kita supaya orang lain berminat untuk mempelajari bahasa kita.” – Profesor Madya Dr. Imran Ho Abdullah.

Profesor Madya Dr. Imran Ho Abdullah merupakan Pengarah Pejabat Hubungan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau banyak melakukan kajian bahasa yang tertumpu khusus pada penggunaan korpus elektronik. Baru-baru ini, sidang editor Dewan Bahasa telah berkesempatan menemu bual beliau untuk mendapatkan pandangannya tentang pengkomputeran bahasa dan korpus elektronik.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa November 2011.

Ke Arah Mewujudkan Industri Bahasa

Dr. Jeniri Amir merupakan Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak. Beliau juga terlibat dalam industri bahasa secara serius lebih daripada 30 tahun dengan menulis teks ucapan pemimpin politik serta rencana dalam akhbar dan majalah. Baru-baru ini, sidang editor Dewan Bahasa telah berkesempatan menemu bual beliau untuk mendapatkan pandangannya tentang industri bahasa.

DB : Apakah pandangan Dr. tentang bahasa Melayu?

JA : Bahasa Melayu telah berkembang dengan pesat tetapi sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Sebagai orang yang telah melibatkan diri selama 30 tahun secara serius dalam bidang ini, saya mendapati bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap yang dapat dibanggakan. Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas berbanding dengan 30 tahun lalu meskipun masih banyak ruang untuk terus ditingkatkan penggunaannya. Bahasa Melayu berjaya memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu dan sebagai bahasa pemersatu masyarakat berbilang kaum.

Walau bagaimanapun, saya kesal dengan sikap sesetengah pihak, termasuklah pemimpin politik, yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menggunakan dan memartabatkannya. Bahasa Melayu perlu digunakan dengan meluas bukan sahaja dalam sektor awam, tetapi juga dalam sektor swasta. Penggunaan bahasa Melayu boleh dijadikan satu kegiatan dan industri yang dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Bahasa Melayu hanya dapat mencapai kemajuan jika semua pihak, tidak mengira kaum, menggunakannya dengan rasa bangga. Bahasa Melayu ialah bahasa kita semua.

___

Temu bual ini dipetik daripada Dewan Bahasa Oktober 2011. Sila dapatkan di pasaran sekarang.

F-bual-bahasa-0911

Bahasa Isyarat Merapatkan Jurang Komunikasi

Oleh Diarani Mat Adam dan Zuraini Abu Bakar

Dr. Abdullah Yusoff merupakan seorang pakar dan perunding Pendidikan Pelajar Pekak Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang yang berkaitan. Sidang editor Dewan Bahasa telah berkesempatan menemu bual beliau untuk mendapatkan pandangannya tentang bahasa golongan istimewa, khususnya bagi golongan orang pekak.

DB : Mengapakah perlu bahasa khas untuk golongan istimewa? Adakah bahasa yang wujud untuk golongan ini berbeza dengan bahasa untuk orang yang berpendengaran? Bagaimanakah bahasa ini dapat membantu golongan ini menjalani kehidupan harian?

AY : Apabila kita membicarakan tentang golongan istimewa, kita merujuk beberapa kategori orang yang bermasalah selain pekak, seperti buta, autistik dan Sindrom Down. Kita tidak perlu wujudkan satu bahasa yang lain, tetapi yang kita perlukan ialah komunikasi augmentatif dan alternatif (augmentative and alternative communication) bagi memahamkan mereka supaya mereka dapat berinteraksi dengan kita secara yang lebih baik.

Golongan istimewa ini hanya bermasalah dari segi komunikasi. Untuk itu, komunikasi alternatif yang sesuai ialah dengan menggunakan bahasa badan, isyarat, gambar dan alatan lain, seperti bunyi, cahaya, komputer bersuara, klip video pendek dan sentuhan individu yang terlibat secara langsung dengan sokongan ini perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam kaedah komunikasi dan penjagaan, terutamanya sikap sabar.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa September 2011. Sila dapatkan di pasaran sekarang.