Daripada Editor

Hilang Bahasa, Lenyap Bangsa

Dua belas tahun yang lalu, dalam Bicara Bahasa (halaman editorial), Dewan Bahasa (DB) Ogos yang bertajuk “Jiwa Bahasa Bangsa Merdeka” penulis pernah menulis seperti yang berikut:

          Kamus Dewan, Edisi Keempat mendefinisikan “sedar” sebagai tahu dan ingat, insaf, mengerti. Sementara, “kesedaran” ialah sedar (akan sesuatu), keinsafan, ingatan. Kendatipun demikian, tahu dan ingat belum mencukupi andai kata tidak insaf dan mengerti akan sesuatu perkara itu pula, tidak membawa apa-apa makna seandainya tidak terbit daripada nurani yang luhur.

       Hatta, kesedaran daripada nurani yang luhur itulah juga yang telah meniupkan semangat kebangsaan dan menggerakkan perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu untuk bebas daripada cengkaman British, 49 tahun yang lalu. Serentak dengan itu juga, obor nasionalisme linguistik yang berpaksikan gerakan bahasa melalui pelbagai pertubuhan bahasa dan persuratan, turut dinyalakan oleh golongan cendekiawan, sasterawan dan wartawan yang menyaksikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan yang merdeka pada bulan Ogos 1957.

       Malaysia yang merdeka harus diisi dengan jiwa kemerdekaan manusianya. Jiwa kemerdekaan harus diisi dengan kesedaran. Kesedaran patriotisme dan nasionalisme untuk memperkukuhkan jati diri dan perpaduan bangsa melalui kesedaran berbahasa “Bahasa Jiwa Bangsa”; juga kesedaran yang mendalam untuk menjadi insan yang seimbang rohani dan jasmaninya dengan buah fikiran, buah pembicaraan, emosi dan tindakan yang bijaksana; insan yang berpengetahuan, berdaya saing dari segi

Ritah Yahaya

 

Daripada Editor

13 Komen

    1. Siti khadijah Osuan says:

      assalamualaikumwbt…
      saya ingin sekali menceburi bidang penulisan, terutamanya yang berkaitan dengan bidang penulisan puisi..setakat ini saya ada menghasilkan kira-kira dalam 80 puisi yang saya wujudkan dalam bentuk pelbagai watak, suasana dan emosi. Saya pernah juga menghantar karya saya ke utusan Borneo Sabah, dan beberapa kali disiarkan, Cuma sekarang saya berfikir, adakah peluang saya untuk memasukkan diri saya dalam bidang penulisan yang lebih serius sekaligus boleh dijadikan sebagai kerja dan memperolehi pendapatan mmandangkan sekarang ini saya tidak mempunyai pekerjaan selepas sari menamatkan pengajian di universiti. mungkin pihak editor boleh memberikan idea yang difikirkan wadah untuk saya terus bergiat atau macam mana?

    2. Saya berminat untuk menceburi bidang penulisan, terutama penulisan lirik lagu. Saya ada beberapa koleksi lirik lagu saya sendiri.

      • admin says:

        Abdul Khobaik, syabas kerana mempunyai minat tersebut. Buat permulaan ini, kami cadangkan supaya mulakan menulis untuk majalah terbitan DBP. Kami sentiasa mengalu-alukan penulis baharu seperti anda.

    3. zulkifli Mohd top says:

      Salam, saya minat untuk menulis dalam majalah DBP. setakat ini puisi saya hanya tersiar dalam Pelita Bahasa. Bagaimana untuk menembusi majalah lain. terima kasih.

    4. Hunny Anie says:

      saya gemar menulis puisi berkaitan alam dan jiwa manusia. boleh ke jika saya menghantar puisi seperti itu di sini?

    5. azmi says:

      salam tuan…
      saya sudah menceburi bidang sukan kriket hampir 12 tahun dan berpengalaman menjadi jurulatih kriket sekolah ke peringkat mssd, msss dan mssm. bagaimana saya hendak bermula menjadi penulis buku ?harap tuan dapat membantu saya untuk mencari sedikit pendapatan sampingan.

    6. Teruskan usaha murni memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

    7. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Saya seorang pelaajar tingkatan 4. Saya begitu meminati bidang penulisan. Setakat ini saya hanya menulis melalui blog saya dan masioh menulis novel tulisan saya sendiri dan kini masih dalam proses pembikinan. Saya ingin bertanya bagaimana untuk menulis cerpen untuk diterbitkan untuk buku teks sekolah yang kini semakin mendapat tempat dalam bidang penulisan… Sekian 😀

    8. Norhaini Hj Mat Lajis says:

      Assalamualikum wbt Editor….maaf mohon bertanya…sekadar ingin kepastian…apakah komputer saya yang bermasalah atau sememangnya benar komen/kritikan kecil saya tentang penggunaan kata-kata BI …”says’ dan ‘on’ di laman ini tidak disiarkan..? adakah kerana ia berupa kritikan maka tidak disiarkan? Wassalaam wbt

    9. zulkifli Mohd Top says:

      Salam,
      Sajak saya telah tersiar di dalam Pelita Bahasa (Disember 12) dan Dewan Sastera (Disember 12). Terima kasih atas pertimbangan tersebut. Sebagai cadangan, mohon setiap sajak yang tersiar diberitahu tidak kira melalui sms ataupun e-mel. Bukan apa, kaddang-kadang tidak sempat membelinya.

      Satu lagi, sebagai cadangan, mohon untuk diantologikan sajak-sajak yang pernah tersiar di media massa. terima kasih.

    10. Nak hantar artikel terus ke editor majalah masing-masing kan?

    11. liyana says:

      salam.apakah wasilah untuk saya mengembangkan bidang penulisan saya? saya buntu…mohon membantu pihak DBP.

Hantar Maklum Balas

You must be logged in to post a comment.

Daripada Editor

0 Trackbacks

?>