Hubungi Kami

TENTANG DEWAN BAHASA

 

Majalah Dewan Bahasa mula diterbitkan setiap bulan sejak tahun 1957 dengan tema “Memperkaya Wawasan Pembaca”. Majalah Dewan Bahasa yang berkonsepkan majalah semi akademik dan dipersembahkan secara popular. Majalah ini menjadi wadah untuk menyampaikan maklumat bahasa yang berkaitan dengan perkembangan, penyelidikan, peristiwa dan isu bahasa.

Ketua Editor
Azmi Ibrahim
 azmi@dbp.gov.my

Editor

Mohidin Haji Malek
mohidin@dbp.gov.my

Penolong Editor 
Siti Nur Hidayah Othman Bakar
 hidayah@dbp.gov.my

Ketua Pengarah
Datuk Haji Abdul Adzis Abas

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Datuk Haji Abang Sallehuddin Abang Shokeran

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Kamarul Zaman Shaharudin

Pengarah Penerbitan
Haji Abd. Khalik Sulaiman

 

 

KIRIMAN MAKALAH

Apabila mengirimkan sebarang tulisan, sila catatkan nama sebenar (di samping nama pena, jika ada), nombor kad pengenalan, nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad atau bank lain, dan alamat surat-menyurat yang tepat dan lengkap dengan poskod. Tanpa maklumat ini, tulisan yang dikirim kepada kami tidak akan disiarkan. Jumlah Maksimum setiap karya yang dihantar tidak melebihi 15 halaman bertaip (kertas A4 langkau dua baris). Sila alamatkan kepada Editor Dewan Bahasa, Bahagian Majalah, Aras 20, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Nombor faks: 03-2148 4208. Nombor telefon: 03-2148 2267 atau melalui emel kepada editor Dewan Bahasa.

Sila nyatakan sama ada makalah yang dihantar kepada Dewan Bahasa juga dihantar kepada penerbit lain. Segala sumbangan karya yang diterima tidak akan dikembalikan.

 

 

 

19 thoughts on “Hubungi Kami”

  1. saya ingin bertanya tentang nama-nama orang di Malaysia. kenapa Hasan menjadi Hassan? Fadilah menjadi Fadillah? Abdul Latif menjadil Abdul Latiff? Adakah ianya ejaan yang betul atau salah? Terima kasih.

  2. Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah majalah pendidik salah satu majalah terbitan DBP? Saya ingin melanggan majalah tersebut kerana sukar untuk mendapatkannya di kedai buku.
    Terima kasih. Wassalam.

  3. Bolehkah saya dapat penjelasan yang lebih tepat mengenai penggunaan kata hubung ‘atau’. Seperti berikut:
    1)Kamu hendak pergi ke kedai buku pada hari Isnin atau hari Jumaat?
    2) Kamu hendak pergi ke kedai buku pada hari Isnin atau Jumaat?
    Perkataan ‘hari’ dalam ayat 2 perlu digugurkan atau secara pilihan???? Terima kasih.

  4. Assalamualaikum. bagaimana sekiranya saya ingin mendapatkan artikel Penanda Wacana dalam Terjemahan Arab – Melayu: Satu Analisis Ketenunan Teks kayra Muhammad Fauzi Jumingan yang terdapat dalam majalah dewan bahasa 1 may 2000.

  5. Salam tuan,
    Saya telah email satu artikel berkaitan Strategi Lautan Biru /Blue Ocean Strategy pada 1/10…Sila maklumkan status penerimaan.

    Ribuan terima kasih

  6. Assalamualaikum,

    Saya seorang pensyarah di IPG Sultan Abdul Halim ingin mengirim karya ke Dewan Bahasa. Adakah boleh kita mengirimkan hasil melalui e-mel sahaja.

    Terima kasih

  7. Tuan/Puan,
    Saya ingin bertanya jika pihak tuan/puan ada buku “Basic Iban Design: an introduction by Augustine Anggat Ganjing. Buku ini diterbitkan oleh DBP pada tahun 1988. ISBN 9836202722, 9789836202727. Maklum balas dari pihak tuan amat dihargai.

  8. Web cadangan perkataan baru Bahasa Melayu (http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/cadangankata/nb_cadangan_kata_ensi.aspx, http://ekamus.dbp.gov.my) diharap dapat memberi hadiah bonus jika perkataan baru cadangan diterima mengikut contoh Amerika Syarikat : http://www.definition-of.com. Daripada : Kang Chuen Tat – 江俊达; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com.

  9. salam..maaf ganggu..saya elina pelajar ijazah jurusan pengurusan maklumat dari uitm merbok..saya sedang menjalankan kajian tentang subjek publishing and publication..dan saya telah memilih DBP sebagai medium rujukan untuk mencari maklumat berkaitan cara promosi dan marketing yg dijalankan oleh pihak DBP..boleh saya dapatkan kebenaran dari pihak tuan untuk mengumpul bahan bahan tersebut?

Leave a Reply

MEMPERKAYA WAWASAN PEMBACA