Penterjemahan Teks Undang-Undang

Oleh NORESAH BAHAROM

Isu penterjemahan dalam pelbagai bidang ilmu dan genre bukan perkara baharu dalam dunia penterjemahan. Penterjemahan teks undang-undang tidak terkecuali bagi memaparkan persoalan begini. Jabatan Peguam Negara merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengesahkan sebarang rang undang-undang yang digubal oleh agensi dan kementerian tertentu sebelum dibentangkan di Parlimen. Penggubalan undang-undang dalam dwibahasa merupakan suatu profesion yang besar cabarannya. Penggubal undang-undang bukan sahaja perlu menguasai bidang undang-undang, tetapi juga pelbagai ilmu bantu lain, seperti penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, khususnya aspek morfologi dan sintaksis, seni dan sains penterjemahan, peristilahan bahasa Melayu, di samping memahami dan menghayati konsep tertentu dalam bidang ilmu yang hendak diperundang-undangkan, seperti bidang ilmu landskap, keselamatan pekerjaan, dan perubatan.

Selain menguasai aspek morfologi dan sintaksis , penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam penterjemahan juga bermaksud kemampuan penggubal untuk menguasai ciri kesamaan dan perbezaan struktur antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Penguasaan aspek ini membolehkan penggubal menghasilkan terjemahan yang tepat, jelas dan sejadi dalam bahasa sasaran. Pengabaian kelainan struktur antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran mengundang penghasilan terjemahan yang kurang tepat dan janggal.

Penterjemahan Kata Tugas Bahasa Inggeris

Kata tugas bahasa Inggeris seperti which, in which, to which, of which, lazimnya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai yang mana ataupun di mana. Kedua-dua ungkapan ini tidak boleh dianggap sebagai kata hubung dalam bahasa Melayu. Ungkapan yang mana atau di mana boleh digantikan dengan kata hubung yang sedia ada dalam bahasa Melayu seperti apabila, yang, atau dengan kata sendi dengan.

Kecenderungan Mencari Padanan Satu Lawan Satu

Sikap untuk memastikan setiap kata dalam bahasa Inggeris mesti diberikan satu padanan dalam bahasa Melayu kadang-kadang kelihatan agak janggal dan boleh dipertikaikan dari sudut teknik dan seni penterjemahan. Mengikut Nida, terjemahan yang baik ialah terjemahan yang berjaya mengekalkan mesej bahasa sumber dan memelihara struktur bahasa sasaran sehingga terjemahan tersebut menyerlahkan unsur kesemulajadian, tidak berbau terjemahan. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ialah dua bahasa yang berbeza dari segi struktur, unsur budaya serta nilai yang terkandung dalam masing-masing bahasa. Hal ini bermakna padanan satu lawan satu tidak sentiasanya benar dan boleh diamalkan apabila menterjemah teks daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Kata exercise wujud dalam dua kelas kata, iaitu sebagai kata nama dan kata kerja.

Mengikut Nida, terjemahan yang baik ialah terjemahan yang berjaya mengekalkan mesej bahasa sumber dan memelihara struktur bahasa sasaran sehingga terjemahan tersebut menyerlahkan unsur kesemulajadian, tidak berbau terjemahan. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ialah dua bahasa yang berbeza dari segi struktur, unsur budaya serta nilai yang terkandung dalam masing-masing bahasa. Hal ini bermakna padanan satu lawan satu tidak sentiasanya benar dan boleh diamalkan apabila menterjemah teks daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Kata exercise wujud dalam dua kelas kata, iaitu sebagai kata nama dan kata kerja.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, September 2012.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • PDF
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>