Bahasa Cerminan Bangsa

Bual Bahasa

Oleh ZAIDI ISMAIL

Pada 31 Ogos, genaplah 55 tahun negara kita mencapai kemerdekaannya. Dari awal kemerdekaannya hingga kini, bahasa Melayu terus memainkan peranannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Bahasa inilah yang sepatutnya digunakan dan diutamakan. Bahasa yang digunakan itu pula perlulah bahasa yang betul bukannya bahasa yang bercampur dengan bahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris. Sekiranya kita masih tidak mengutamakan bahasa Melayu atau masih lagi menggunakan bahasa yang bercampur-campur, secara tidak langsung hal ini menggambarkan seolah-olah bahasa kita “belum merdeka”. Untuk mendapatkan pandangan tentang hal ini, baru-baru ini, editor Dewan Bahasa berkesempatan menemu bual Abd. Hadi Hashim (AH) dan Roslan Daud (RD), guru Bahasa Melayu dan penulis bebas.

Bahasa yang dianggap “sekerat belut, sekerat ular” ini sepatutnya tidak digunakan sama sekali. Penggunaannya menggambarkan kita seolah-olah miskin kosa kata sehingga terpaksa mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa asing dalam satu-satu ungkapan. Apabila orang asing mendengar pertuturan kita yang bercampur aduk itu, tentulah mereka akan kebingungan kerana memahami sebahagiannya sahaja. Mereka juga mungkin sahaja tertanya-tanya, bahasa apakah yang didengari itu? Untuk perkataan yang mudah-mudah dan sememangnya ada dalam bahasa Melayu, gunakanlah perkataan yang Melayu itu.”

Abd. Hadi Hashim

“Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat kita masih berleluasa dan amat “memualkan”. Bagi mereka, penggunaan bahasa rojak sudah dianggap kebiasaan, terutamanya dalam bahasa lisan. Perkataan atau istilah tertentu digunakan sesuka hati. Misalnya, ada yang lebih selesa menggunakan I dan You sebagai kata sapaan. Begitu juga dengan perkataan seperti drive, chatting, hope dan alone. Dalam hal ini, kebiasaan penggunaannya telah menjadikan mereka menganggapnya sebagai tidak salah. Selain itu, ada juga yang menggunakan singkatan gaya sistem mesej singkat (SMS) dalam penulisan sesuka hati.”

Roslan Daud

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Ogos 2012.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • PDF
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Hantar Maklum Balas