Za’ba Pemikir Ulung

Oleh ZAIDI ISMAIL

“Program-program yang melibatkan pembicaraan mengenai sumbangan seseorang tokoh yang diakui member ikan manfaat besar perlulah dilihat secara proaktif. Idea-idea yang dibawa oleh Za’ba masih lagi segar, walaupun usia buah fikirannya telah menjamah satu abad berlalu.” Kata Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau berkata demikian dalam ucap utama Kolokium Za’ba, “Za’ba Pemikir Ulung: Semangat dalam Pembinaan Negara Bangsa”.

Selanjutnya, Dato’ Seri Utama Mohamad menyarankan agar dimulakan usaha untuk membangunkan modul khas yang berasaskan pemikiran Za’ba. Sehubungan dengan itu, sebuah institusi yang berfungsi menyediakan ruang latihan dan penyerapan idea Za’ba perlu juga diwujudkan agar usaha untuk memanfaatkan khazanah peninggalan Za’ba dapat dijayakan. Cadangan untuk mewujudkan Akademi Pendeta Za’ba perlu disambut baik oleh semua pihak untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang dapat memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan sahsiah, ilmu pengetahuan dan sentiasa peka terhadap kehidupan masyarakat di sekeliling mereka.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Ogos 2012.

Leave a Reply