Usahakan Pembentukan Leksikografi Elektronik Lengkap

Oleh ZAIDI ISMAIL

Pada 25 Jun 2012, di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, telah diadakan Syarahan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), “Penyebaran Ilmu dan Penerusan Tamadun Peribumi melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi”. Syarahan tersebut telah disampaikan oleh Prof. Dr. Tengku Mohd. Tengku Sembok, Profesor Sains Komputer dari Kulliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dalam syarahan tersebut, Tengku Mohd. menyatakan bahawa komputer dan rangkaian komunikasi merupakan prasarana yang penting dalam penjanaan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Perkakasan komputer dan alat komunikasi boleh dikatakan bebas budaya dan bahasa. Kandungannya pula merupakan inti pati ketamadunan yang perlu disimpan, diproses dan disebarkan kepada warga komuniti tempatan dan global. Jika kandungannya disimpan dalam bahasa Melayu untuk menyebar ilmu dan melatari tamadun, maka teknologi pemprosesan bahasa Melayu perlu diwujudkan.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Ogos 2012.

Leave a Reply