Laras Khutbah Jumaat

Oleh ABDUL AZIZ MOHD TOP

Khutbah bermaksud pidato atau syarahan yang biasanya mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan. Perkataan khutbah berasal daripada perkataan Arab “khataba” yang membawa pengertian memberikan ucapan. Khutbah merupakan medium utama yang disampaikan pada setiap hari Jumaat semasa masyarakat Islam berkumpul di masjid. Perhimpunan mingguan ini bukan sahaja menjadi rukun dalam solat Jumaat, tetapi juga merupakan perjumpaan dan kesempatan yang sesuai untuk menyalurkan sebarang maklumat atau isu semasa kepada para pendengar.

Kini, isi khutbah telah disesuaikan mengikut keadaan semasa supaya mampu menimbulkan kesedaran dan pengajaran bagi menguatkan keimanan terhadap ajaran Islam yang sebenar. Teks khutbah yang dihasilkan memerlukan persediaan yang rapi dan terancang agar mesej yang disampaikan berjaya meninggalkan kesan kepada sasarannya.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Ogos 2012.

Leave a Reply