Hikayat Tiga Negara, Karya Historiografi Klasik China

Oleh Zaidi Ismail

Alam Melayu telah melahirkan karya pensejarahan atau historiografi yang diakui sebagai karya besar pada peringkat antarabangsa, terutamanya Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang diiktiraf sebagai antara warisan persuratan dunia oleh UNESCO. Demikian juga Hikayat Hang Tuah yang sarat dengan nilai-nilai moral, keagamaan, adat-istiadat Melayu, serta kesultanan dan ketuanan Melayu yang masyhur. Nilai-nilai kesetiaan kepada raja dan negara yang diolah dalam karya klasik Melayu dan China, seperti Hikayat Tiga Negara merupakan nilai luhur yang seharusnya dipertahankan sebagai nilai dan amalan yang abadi untuk kestabilan masyarakat dan negara.

Semasa melancarkan Hikayat Tiga Negara pada 17 Mei lalu, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia berkata, “Sinergi dan perkongsian pintar dalam bidang penerbitan buku, termasuklah bidang penterjemahan karya sastera dan sejarah, seperti karya agung Hikayat Tiga Negara merupakan suatu manifestasi kecintaan kita terhadap budaya ilmu, terutamanya dalam konteks buku sebagai wadah ilmu pengetahuan yang malar segar.”

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Julai 2012

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • PDF
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>