Menzahirkan 26 Ribu Judul Buku Setahun

Oleh Zaidi Ismail

Semasa merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 pada 24 April tahun lepas, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran, menyatakan bahawa kerajaan akan menggembleng tenaga untuk menzahirkan penerbitan 26 ribu judul buku setahun. Selain Kementerian Pelajaran, usaha tersebut juga memerlukan kerjasama pelbagai pihak, termasuklah institusi pengajian tinggi, persatuan penulis dan penerbit buku.

Untuk turut menyokong hasrat tersebut, pada 24 April yang lalu, Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya telah mengadakan Syarahan Umum, “Menzahirkan 26 Ribu Judul Buku Setahun”. Syarahan telah disampaikan oleh Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Dalam syarahan tersebut, Abdullah menyatakan bahawa negara kita sekarang menghasilkan 16 ribu judul buku setahun dan berada pada kedudukan ke-23 di dunia. Untuk mencapai jumlah 26 ribu judul itu, kita boleh belajar daripada Taiwan yang negaranya berpenduduk 26 juta jiwa dan sebesar Malaysia. Industri perbukuannya bernilai AS$ bilion dan warganya berbelanja AS$400 setiap orang setahun.

Katanya lagi, “ Tradisi penerbitan perlu diteruskan dengan membina lebih banyak lagi buku agama, falsafah, dan perundangan. Penerbitan buku sains dan teknologi juga perlu ditingkatkan dan ini merupakan cabaran kepada 1700 orang profesor yang ada di negara kita. Buku tersebut, selain ditulis dalam bentuk karya asli, boleh juga diterjemahkan daripada bahasa lain.”

Dari segi jenis buku pula, kita sememangnya ada banyak buku sastera, terutamanya novel. Walau bagaimanapun, kita masih lagi kekurangan buku kanak-kanak, terutamanya lelaki, buku bergambar dan buku ilmu. Kita tidak perlu risau perihal dana. P e r k e m b a n g a n t e k n o l o g i k i n i sememangnya memihak kepada kita. Akhir sekali, Abdullah mencadangkan agar kita menggunakan teknologi “awan mega” yang melibatkan buku elektronik dan pemasaran melalui internet kerana kos produksi dan pasarannya sangat rendah.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Jun 2012

Leave a Reply