PENJAWAT AWAM PERLU MENINGKATKAN KUALITI BAHASA

Oleh ZURAINI HAJI ABU BAKAR

Oktober 2011, Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) disambut lagi. Setiap kali BBK, pelbagai acara  kebahasaan dan kesusasteraan diadakan di setiap negeri bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut. Antara acara kebahasaan yang diadakan setiap tahun termasuklah Syarahan Tokoh Bahasa.

Pada 11 Oktober 2011, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya sekali lagi mengadakan Syarahan Tokoh Bahasa, di Dewan Sri Melati, Kompleks Perbadanan  Putrajaya, bersempena dengan sambutan BBK peringkat Putrajaya. Kali ini, syarahan telah disampaikan oleh pejuang bahasa yang  tidak asing lagi dalam memperjuangkan dan memartabatkan bahasa Melayu, iaitu Profesor Dr. Awang Sariyan,  Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia dan Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia/ Beijing Foreign Studies University (BFSU).

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa Disember 2011.

Leave a Reply