BAHASA MELAYU LUWES TIDAK MENJEJASKAN JATI DIRI

Oleh DIARANI MAT ADAM

Pada 24 Oktober 2011, bertempat di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), berlangsung Syarahan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Syarahan yang dialu-alukan oleh Dr. Hajah Fadilah Jasmani, Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi ini menampilkan seorang pensyarah dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang aktif dalam bidang kebahasaan, iaitu Dr. Hajah Dayang Fatimah Haji Awang Chuchu.

Fatimah yang menyampaikan syarahan bertajuk “Keluwesan, Jati Diri dan Aktiviti Pengantarabangsaan Bahasa Melayu” merupakan penyampai syarahan kali keempat. Penyampai Syarahan MABBIM yang pertama, iaitu pada tahun 2008 ialah Haji Awang Mohd. Zaini Haji Awang Omar, juga dari Brunei Darussalam. Manakala Profesor Dr. Nor Hashimah Jalaluddin dari Malaysia merupakan penyampai syarahan kali kedua yang telah diadakan pada tahun 2009.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa Disember 2011.

Leave a Reply