Akronim dan Kependekan dalam Bahasa Melayu

Darihal Bahasa

Oleh SOH BEE KWEE

Dalam bahasa Melayu, akronim dan kependekan digunakan secara meluas, bukan sahaja dalam media cetak, seperti akhbar dan majalah, tetapi juga dalam media elektronik, seperti internet.

Persamaan yang ketara antara akronim dengan kependekan ialah kedua-duanya terbentuk daripada gabungan huruf pertama. Misalnya, ADUN dan JAIS yang merupakan akronim untuk Ahli Dewan Undangan Negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor. DEB dan BSN pula merupakan kependekan untuk Dasar Ekonomi Baru dan Bank Simpanan Nasional.

Walau bagaimanapun, sebutan bagi akronim dan kependekan adalah berbeza. Akronim disebut seperti kata biasa. Singkatan pula disebut huruf demi huruf, misalnya [D.E.B] dan [B.S.N]. Selain itu, ada juga akronim yang dibentuk oleh gabungan suku kata daripada dua perkataan atau lebih. Sebagaimana akronim, kependekan juga digunakan dengan meluas dalam media cetak dan elektronik. Ada juga antara kependekan yang biasa digunakan sememangnya berasal daripada kependekan bahasa Inggeris.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa November 2011.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • PDF
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Hantar Maklum Balas