PU2

Bahasa untuk Imigran

Oleh Zulkifli Salleh

Dafna Linzer dalam The Slate menulis pengalamannya yang sukar untuk memohon kewarganegaraan Amerika Syarikat. Dalam “The Problem with Question 36,” pada Februari lalu, beliau menulis, “Ketika temu duga kewarganegaraan, pemohon disoal secara rawak 10 soalan daripada ujian dan mesti dijawab enam dengan betul. Sebagai tambahan kepada soalan tersebut, diadakan ujian pembacaan dan tulisan untuk kecekapan bahasa Inggeris. Saya menjawab enam soalan berturut-turut dengan betul dan berpindah kepada bahagian peperiksaan.” Seterusnya Dafna, rakyat Kanada, menulis, “Penutur asal bahasa Inggeris tidak dikecualikan daripada bahagian ini dan saya diminta membaca dengan kuat ayat yang berikut, “Columbus Day in October.” Kemudian, saya diminta menulis ayat dalam bahasa Inggeris. Luar biasa, ayat yang sama, “Columbus Day is in October.”

Kebelakangan ini, para pemimpin Eropah semakin memperlihatkan ketegasan terhadap kaum imigran atau pendatang yang menetap di negara mereka, tetapi tidak cuba berintegrasi dengan penduduk asal. Di Jerman, Cancelor Angela Merkel memaklumkan bahawa fahaman pelbagai budaya benar-benar gagal di negara itu. Maka, beliau menggesa kaum imigran, kebanyakannya orang Turki, yang menggunakan bahasa Jerman dan bukan bahasa asal mereka.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa Oktober 2011. Sila dapatkan di pasaran sekarang.

Leave a Reply