PU1

Meraih Pendapatan Melalui Bahasa

Oleh Zamri Mohamad

Sosiologi industri merupakan satu subjek yang membawa bersama pemerhatian terhadap pengaruh interaksi bahasa sebagai satu sistem teras bagi mencetuskan evolusi dalam ekonomi itu sendiri. Dari sudut pandangan ahli sosiologi, perkara yang diangkat dan menjadi keresahan dalam industri merupakan perihal kawalan kos yang efektif dari segi transaksi nilai. Maksudnya, tahap kemampuan jumlah wang yang dilaburkan kepada sumber mentah dapat membawa keuntungan semula dan mengekalkannya bagi satu tempoh masa tertentu.

Kitaran interaksi antara kerajaan, pengamal industri, kumpulan berkepentingan dan individu bergantung pada keupayaan daya sistem yang diperkenalkan. Bahasa menjadi medium pengikat bagi merancakkan interaksi alam industri. Selain itu, bahasa juga menjadi salah satu aspek dalam penentuan kos melepas oleh pembuat keputusan.

Pengambilan pekerja asing dari negara serantau misalnya, tidak sekadar memenuhi keperluan majikan bagi mendapatkan tenaga kerja yang murah berbanding dengan pekerja tempatan, tetapi juga atas pertimbangan kos melatih. Kos ini diambil kira sebagai salah satu penentu pemilihan. Melatih bermaksud mengalihkan kemahiran bertujuan menggandakan proses yang sama.

Kos melepas kepada seorang majikan pula kepada pilihan yang dibuat, sama ada mahu mengambil pekerja tempatan ataupun dari negara jiran. Apabila melihat kos melatih dan tangga gaji yang lebih rendah serta persamaan bahasa yang memudahkan sistem kerja, maka pekerja asing menjadi pilihan dan warga tempatan dilepaskan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa Oktober 2011. Sila dapatkan di pasaran sekarang.

Leave a Reply