Industri Bahasa: Jangan Sampai Mengikis Jati Diri

Oleh Azman Ismail

Istilah industri berasal daripada bahasa Latin, iaitu industria yang bererti buruh atau tenaga kerja. Dewasa ini, istilah industri sering digunakan secara umum dan luas, merangkumi semua kegiatan manusia secara komersial untuk memenuhi keperluan hidupnya bagi mencapai tahap kesejahteraan yang lebih baik.

Kegiatan industri sebenarnya sudah lama wujud di muka bumi ini dalam peringkat yang sangat sederhana, yang dikaitkan dengan bidang penternakan atau pertanian. Seiring dengan pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang dimiliki manusia, kegiatan industri tumbuh dan berkembang semakin kompleks.

Pada era global, sektor industri menjadi lebih rencam dengan perkembangannya merangkumi pelbagai sektor, termasuklah sektor perkhidmatan, kebahasaan, penerbitan, percetakan dan perbukuan yang dapat dihubungkan dengan industri kreatif. Perkembangan baharu ini dianggap sebagai fenomena yang terangkum dalam ekonomi global yang merentasi sempadan geopolitik dan geografi.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa Oktober 2011. Sila dapatkan di pasaran sekarang.

Leave a Reply