cpurob

Bahasa, Manusia dan Mesin

Oleh Norhafizah Mohamed Husin

cpurob

Penulis atau wartawan robot (robowriter/robojournalist) Quill ciptaan Syarikat Narative Science di Amerika Syarikat mula menghasilkan berita mudah dengan kebolehan menganalisis secara automatik laporan sukan dan laporan kewangan. Kini, syarikat itu menjanakan keuntungan yang besar dengan perkhidmatannya membekalkan berita daripada Quill kepada syarikat terkemuka seperti Forbes, Deloitte, Credit Suisse, dan MasterCard.

      The Washington Post pula mengumumkan bahawa robot penulisnya Heliograph telah mengeluarkan 850 artikel sepanjang tahun 2016, khususnya laporan berita Sukan Olimpik Rio dan berita sepanjang pilihan raya presiden. Associated Press (AP) juga menggunakan wartawan robot dalam menghasilkan laporan, dan jangkaan pasaran dan kewangan yang mampu mengeluarkan 2000 artikel sesaat.

     Dalam kejadian gempa bumi di Los Angeles pada tahun 2014, wartawan robot AP mampu mengeluarkan berita lengkap seawal lapan minit selepas kejadian.

     Perisian lain seperti Wordsmith, Scoop.it, Canva, Article Forge, dan seumpamanya, telah digunakan secara meluas untuk menyediakan kandungan atau artikel secara automatik. Baru-baru ini, Syarikat Open AI yang membina GPT2 mendapati program itu mampu menulis fakta sendiri dalam penulisan. Lebih maju lagi, GPT2 dapat menjangkakan perkataan yang seterusnya daripada sampel perkataan yang diberikan dan jangkaanya sama sperti jangkaan dalam minda manusia

Petikan ini dipetik dari majalah Dewan Bahasa keluaran April

Leave a Reply