lagu asli

Lagu Rakyat Orang Asli dan Literasi

Oleh Siti Nor Khalis Harun Narasid dan Mohd Nazri Abdul Rahman

lagu asli

      Era globalisasi meletakkan Malaysia dengan pelbagai cabaran. Untuk menjadi sebuah negara membangun, rakyat Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan negara bertaraf dunia. Kanak-kanak prasekolah sering berdepan dengan masalah menguasai kemahiran membaca pada peringkat awal. Kanak-kanak di pedalaman juga, khususnya Orang Asli mengalami masalah yang sama dalam menguasai kemahiran literasi awal.

      Orang Asli hidup dalam masyarakat yang terasing. Kedudukan geografi yang terletak jauh di pedalaman, mengukuhkan tanggapan masyarakat Orang Asli bahawa tiada faedah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Berdasarkan perangkaan yang dimuatkan dalam Utusan Malaysia, Mei 2007, terdapat lebih kurang 80 peratus kanak-kanak Orang Asli yang itidak pernah menamatkan persekolahan pada peringkat sekolah menengah (data ini mungkin berubah, kini).

       Bagi mengubah senario ini, isu pendidikan kanak-kanak Orang Asli dan menarik minat mereka untuk belajar dan ke sekolah perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Usaha untuk membangunkan penggunaan bahan sumber berasaskan tradisi masyarakat Orang Asli sebagai sumber pembelajaran kanak-kanak Orang Asli perlu dipergiat sebagai satu cara untuk menarik minat kanak-kanak Orang Asli ke sekolah.

     Masyarakat Orang Asli mendiami kawasan pedalaman dan kawasan di pinggirannya di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malasysia terdiri daripada kelompok utama , iaiatu Senoi, Negrito dan Melayu-Proto. Masyarakat Orang Asli kaya dengan pelbagai khazanah tradisi dan kreativiti tersendiri yang boleh dibangunkan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Contohnya, sewang.

     Menurut Zakaria Khalid dalam kertas kerja beliau “Lagu-lagu Tarian Sewang di Kalangan Masyarakat Orang Asli: Tinjauan dari Aspek Intrinsik”, sewang merupakan persembahan berbentuk ritual yang merangkumi tarian, teater, memuja semangat dan roh dipercayai mempengaruhi kehidupan sesuatu suku kaum Orang Asli bagi memenuhi pelbagai 47 tujuan. Dalam hal ini sewang dapat disesuaikan dengan konteks pendidikan. Persoalannya, apakah bentuk lagu dan konsep muzik tradisional Orang Asli yang sesuai untuk dibangunkan sebagai bahan pembelajaran literasi kepada kanak-kanak Orang Asli?

Petikan ini dipetik dari majalah Dewan Bahasa keluaran April

Leave a Reply