asli

Bahasa Kentaq dan Pelestariannya

Oleh Noor Saadah Salleh dan Mohd Sharifudin Yusop

asli

       Istilah “bahasa ibunda” yang digunakan untuk menggambarkan bahasa utama seseorang penutur menunjukkan bahawa bahasa ibu ialah bahasa warisan utama kepada anak-anak. Pertembungan bahasa telah membuka ruang kepada kewujudan pemilihan bahasa yang disebabkan oleh keadaan atau situasi penggunaan sesuatu bahasa. Perbezaan latar belakang bahasa menyebabkan ada antara bahasa yang menjadi pilihan utama dan ada bahasa yang disishkan. Hal ini berkaitan rapat dengan sikap penutur bahasa.

     Menurut Noriah Mohamed dalam “Pelestarian Turunan, Penelusuran Moyang: Pengadunan Sosiolinguistik dan Linguistik Peribumi”, persekitaran mempengaruhi bahasa dan bahasa mempengaruhi tanggapan penuturnya terhadap persekitaran. Oleh hal yang demikian, kemusnahan ekologi, sama ada linguitik ataupun bukan linguistik merupakan bencana yang membawa kemusnahan kepada sistem linguistik itu.

    Pertembungan bahasa atau kontak bahasa telah mencetuskan situasi dwibahasa atau pelbagai bahasa dalam sesebuagh masyarakat. Bagi dwibahasa atau berbilang bahasa, domain merupakan penanda aras penting dalam menilai tingkah laku seseorang penutur. David Crystal dalam Language Death telah menghuraikan berkaitan kematian dan kelestarian bahasa.

     Menurut beliau, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kematian kelestarian sesuatu bahasa. Bahasa boleh mati disebakan kematian penutur bahasa yang disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya termasuklah bencana alam, penyakit, peperangan kerana perbezaan etnik atau fahaman.

Petikan ini dipetik dari majalah Dewan Bahasa terbitan April

Leave a Reply