36-37-1

Kesantunan dalam Penulisan

36-37-1

 

Judul             : Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan, Pentadbiran dan Media

Penulis        : Asmah Haji Omar

Penerbit     : Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahun           : 2018

Harga          : RM 20.00

Kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia, terutama generasi muda kini kian terhakis. Kesantunan berbahasa berperanan memupuk dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Kesantunan berbahasa merujuk kesopanan dan kehalusan ketika berkomunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan terhadap orang yang dihormati, setaraf atau mempunyai kedudukannya daripada kita. Kesantunan berbahasa merupakan kunci maruah diri, keluarga serta keturunan. Kesantunan berbahasa memperlihatkan peribadi diri.

      Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan, Pentadbiran dan Media memperkatakan kesantunan atau kesopanan dalam aspek penulisan. Buku yang mengandungi 163 halaman ini dibahagikan kepada enam bab. Bab Pertama – “Orang Berbudi Kita Berbahasa”; Bab Kedua – “Kesantunan Surat-Menyurat”; Bab Ketiga – “Kesantunan Mesyuarat”; Bab Keempat – “Kesantunan Laporan Akhbar”; Bab Kelima -“Kesantunan Lapooran Akhbar”; dan Bab Keenam – “Kesantunan Iklan”.

     Dalam bab pertama, pengarang menghuraikan berbagai-bagai ungkapan dalam bahasa Melayu yang menggambarkan tingkah laku yang diingini oleh masyarakat, antaranya termasuklah budi bahasa, adab tertib, budi pekerti, sopan santun, etika, dan etiket. Dalam komunikasi, beberapa peraturan perlu dipatuhi untuk menjaga air muka dan menggelakkan rasa tersinggung.

     Dalam bab kedua, pengarang membincangkan kesantunan bahasa dalam surat rasmi dan surat separa rasmi. Pengarang menjelaskan bahawa surat rasmi, surat separa rasmi (memo dan pekeliling) disediakan dalam konteks urusan pejabat, sama ada pejabat kerajaan, separa kerajaan, ataupun badan perniagaan. Pengarang turut menyentuh peraturan standard menulis surat rasmi. Penulisan surat rasmi dan separa rasmi mempunyai bingkai format dan bingkai bahasa.

Ulasan buku dipetik dari majalah Dewan Bahasa terbitan Februari

Leave a Reply