Fungsi Bahasa Melayu Masa Kini

Bahasa dan Masyarakat

utamakanBahasaMelayu

Oleh OSMAN ZAINI

Ketemadunan yang wujud pada hari ini amat berkait rapat dengan bahasa. Kegemilangan setiap tamadun diukur melalui ketinggian martabat dan keunggulan sistem bahasa yang dipratikkan dan dituturkan dalam kehidupan. Begitu juga halnya dengan negara kita, Malaysia yang bahasa rasminya ialah bahasa Melayu.

      Begitu agungnya dan bernilainya bahasa Melayu tidak dapat dipertikaikan. Martabat bahasa indah ini terbukti dan diguna pakai ratusan tahun. Oleh hal yang demikian, tidak keterlaluan jika dikatakan ketamadunan bahasa Melayu dapat menggambarkan kemajuan dan kebijaksanaan masyarakat terdahulu yang menggunakan bahasa lingua
franca
ini.

    Menurut Khairudin Mohamad, Maridah Alias dan Faizah Haji Samsudin dalam Bahasa Melayu Komunikatif, bahasa Melayu ialah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Dalam hal ini, beberapa orang ahli bahasa berpendapat bahawa bahasa Melayu tergolong dalam rumpun bahasa Polinesia.

     Bahasa ini dituturkan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara, antaranya termasuklah Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura, malah hingga ke selatan negara Thai, selatan Filipina hingga ke Madagaskar. Maka, tidak hairanlah jika kosa kata dan dialek pertuturan masyarakat di beberapa negara tersebut mempunyai persamaan.

     Setiap bahasa di dunia ini mempunyai ciri yang membolehkannya menjadi bahasa yang maju dan disegani. Menurut Khairudin Mohamad, Pelembagaan Persekutuan yang digubal telah meletakkan asas yang kukuh bagi menjadikan bahasa Melayu bahasa yang disegani dan dihormati oleh masyarakat di Malaysia dan antarabangsa walaupun status yang diharapkan itu masih belum menjadi kenyataan.

Petikan ini diambil dari majalah Dewan Bahasa terbitan Februari

Hantar Maklum Balas

You must be logged in to post a comment.