Pemimpin Politik Suri Teladan Bahasa Melayu

Agenda Bahasa

Oleh JENIRI AMIR

“Sila duduk. Ini adalah dewan di mana kita gunakan perbahasan secara intelektual. Beri kesempatan kepada menteri untuk menjawab.”

      Kenyataan tersebut merupakan rayuan daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada satu sesi perbahasan baru-baru ini. Beberapa orang ahli Parlimen PAS dan UMNO mencelah dengan teriakan dan tepukan di meja oleh ahli Parlimen yang lain.

      “Ini menteri baliklah. Rasis. Rasis”, kata seorang lagi ahli Parlimen pembangkang. Terpinga-pinga dan terdiam menteri kerana serangan bertubi-tubi ahli pembangkang. Akhirnya, menteri tidak dapat memberikan sebarang penjelasan hingga masa tamat.

      Petikan dialog ini hanyalah cebisan perbahasan hangat yang kadangkala berlaku di Dewan Rakyat.

     Dalam hal ini, terdapat segelintir ahli Parlimen yang menggunakan bahasa kesat, kasar dan karut. M isalnya, “kepala bana kau” yang bukan sahaja boleh menyinggung perasaan orang lain, tetapi memperlihatkan penggunaan bahasa yang tidak sesuai dalam kalangan Yang Berhormat.

      “Perkataan tidak senonoh dan tidak sesuai dengan kemuliaan dewan perlu ditarik balik. Orang berbudi kita berbahasa,” kata Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam satu lagi sesi.

       Sesi persidangan dan perbahasan di Dewan Rakyat biasanya tenang. Namun begitu, sekali-sekala ketenangan di Dewan Rakyat yang mulia ini berkocak dengan hujah dan perbahasan wakil rakyat Perbahasan kadangkala mengundang serangan balas dan wacana tandingan hingga menjadi hangat dan menggemparkan. Kadangkala jika keadaan terlalu tegang dan ahli Parlimen ingkar perintah, Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan mengarahkan ahli Parlimen terbabit dikeluarkan atau digantung daripada mengikuti persidangan.

Petikan ini diambil dari majalah Dewan Bahasa terbitan Januari

Hantar Maklum Balas

You must be logged in to post a comment.