Mampu Menongkah Arus

Oleh Lutfi Zahid

     Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Manusia (MAMPU) merupakan peneraju transformasi penyampaian perkhidmatan awam yang terbilang. MAMPU juga bertanggungjawab dalam memperkaya transformasi penyampaian perkhidmatan awam melalui pengurusan organisasi dan Teknologi Informasi Maklumat atau ICT yang inovatif dan strategik ke arah negara maju. Untuk melihat bagaimana MAMPU melaksanakan gerak kerja dan perancangan masa hadapan, Siri Wacana Fikrah Ummah 9 / 2015 bertajuk “Transformasi Pengurusan dalam Perkhidmatan Awam” yang berlangsung di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Menara DBP pada 12 Oktober 2015 lalu, menampilkan Dato’ Seri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah MAMPU bagi menjelaskan peranan dan transformasi yang telah dan akan dilakukan oleh MAMPU.

       Beliau menjelaskan bahawa betapa pentingnya seseorang itu membuka cakupan dan lingkungan pemikirannya dalam menghadapi cabaran semasa. Hal ini berkait rapat dengan keperibadian dan sifat penjawat awam. “Kita mesti memiliki pemikiran yang luwes dan beranjak. Selain itu,kita mahu pemikiran itu boleh mengadaptasikan apa sahaja perubahan yang berlaku di luar bagi faedah perkembangan intelektual kita bersama. Untuk menjadi sebuah negara maju pada masa hadapan, bukannya hanya terletak pada sektor-sektor tertentu sahaja, tetapi bergantung pada sumbangan buah fikiran, tenaga, kreativiti dan inovasi yang datang daripada setiap individu,” ujar beliau.

Rencana ini dipetik dari Dewan Bahasa keluaran Disember

Leave a Reply