Gemerlap Sulalatus Salatin

Oleh Ahmad Sayuti Mohd Yusob

Siri Wacana Sulalatus Salatin merupakan hasil resolusi Seminar 400 tahun Sulalatus Salatin yang dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2013. Justeru, DBP, melalui Bahagian Penyelidikan Sastera dan Pusat Dokumentasi Melayu telah mengambil langkah yang proaktif untuk bekerjasama dengan rakan sinergi daripada pelbagai institusi pengajian tinggi sebagai penganjur bersama.

      Antara bidang yang dikaji berkenaan karya agung tersebut
termasuklah budaya dan sumptuary law, kearifan Melayu, hubungan diplomatik, edisi kritikan Sulalatus Salatin, paparan metafora emosi, pewarisan Institusi Kesultanan Melayu, etnosentris wibawa Melayu, perkapalan dan perdagangan maritim, kebudayaan Islam serta melihat Sulalatus Salatin melalui bacaan hermenuetika dekonstruktif. Kajian yang dihasilkan oleh kalangan sarjana dan peneliti sastera dalam pelbagai latar disiplin ilmu memberikan natijah yang berguna terhadap pemartabatan teks Sulalatus Salatin sebagai kanun susastera Melayu. Selain itu, hasil kajian tersebut juga dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas dan mendalam kepada masyarakat, terutamanya generasi muda yang berkemungkinan tidak mengetahui wujudnya naskhah agung tersebut.

Berita ini dipetik dari Dewan Bahasa keluaran Disember

Leave a Reply