Roh Bahasa dalam Perlembagaan

Oleh Ahmad Sayuti Mohd Yusob

       Bagaimanakah Perlembagaan Malaysia boleh bertahan dalam keadaan politik dan suasana sosial yang kacau-bilau? Hal yang lebih penting lagi, adakah bahasa Melayu benar-benar dipraktikkan secara ikhlas dan murni dari segala sudut menurut perlembagaan? Jika bahasa Melayu dipermainkan dan diperlakukan dengan cara dan amalan yang bercanggah dengan perlembagaan, adakah rakyat Malaysia, dan masyarakat Melayu, khususnya, yang sanggup mempertahan dan mengembalikan maruah bahasa Melayu? Atas dasar semangat perjuangan demi kelangsungan bahasa Melayu, Siri Wacana Fikrah Ummah 7/2015 bertajuk “Peranan Institusi Parlimen dalam Menjaga Kepentingan Melayu Menerusi Perlembagaan” yang berlangsung di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Menara DBP pada 17 September 2015 lalu, menampilkan Tan Sri Abu Zahar Dato’ Nika Ujang, Yang Dipertua Dewan Negara, bagi menjelaskan peri pentingnya perlembagaan dalam konteks masa kini.

     Beliau mengimbau masa lampau dengan mengingatkan bahawa Malaysia, dengan kemajmukan masyarakatnya, telah dapat bertahan dengan mengamalkan acuan demokrasi berperlembagaan. Kejayaan Malaysia dalam mentadbir urus negaranya sendiri tanpa terjadinya pergolakan atau perpecahan yang mampu meruntuhkan tiang dan sendi negara pada hari ini turut mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa.

      Perlembagaan persekutuan merupakan panduan yang mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan, seperti agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, soal kerakyatan dan keistimewaan orang Melayu.

Rencana ini dipetik dari Dewan Bahasa keluaran November

Leave a Reply