Bahasa Melayu dan Industri Pelancongan di Krabi

Oleh Zaidi Ismail

      Setelah selesai penggambaran di Phuket, petang Ahad,25 Mei 2014, kami meneruskan kembara untuk penyelidikan dan penggambaran di Krabi. Kami tiba di situ sekitar pukul 5.00 petang setelah melalui perjalanan sejauh 160 kilometer.

     Sesampainya di Krabi, kami terus mendaftar masuk di Hotel P.K. Mansion Krabi yang letaknya berhampiran dengan pusat pantai Krabi, kawasan tumpuan utama pelancong. Di situ, penyelidikan dan penggambaran bermula di lokasi pasar malam yang terdapat ramai peniaga yang beragama Islam yang boleh berbahasa Melayu. Kami melakukan penggambaran di situ hingga pukul 11.00 malam.

       Keesokan paginya, setelah mendaftar keluar dari hotel, penyelidikan dan penggambaran diteruskan di sepanjang kawasan
pesisir pantai Krabi. Pantai Krabi yang letaknya di pesisiran pantai barat Thailand Selatan, merupakan kawasan pelancongan yang terkenal dan pesat membangun. Sepanjang tahun, ramai pelancong dari luar, terutamanya dari alam Melayu, seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei melancong ke situ. Situasi ini telah mendorong penggiat industri pelancongan untuk mendalami dan menguasai bahasa Melayu. Perkembangan ini turut memberikan kesan kepada penyebaran bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat tempatan.

Rencana ini dipetik dari Dewan Bahasa keluaran November

Leave a Reply