Penyampaian Ilmu Saintifik Dalam Wacana Penulisan Akbar Tempatan

OLEH: ZARINA OTHMAN

Makalah ini memaparkan satu tinjauan awal terhadap analisis wacana penulisan akhbar tempatan dalam bahasa Melayu di Malaysia. Analisis terhadap sebuah akhbar tempatan dalam bahasa Melayu, iaitu Utusan Melayu telah dipilih dan pemilihan rencana penulisan yang dijalankan analisis awalan ini berfokus kepada rencana penulisan dalam ruangan sains. Terdapat tiga kategori subtopik penulisan ilmu sains iaitu Sains dan Teknologi, Kesihatan dan Impak Alam. Beberapa contoh wacana penulisan bagi setiap topik secara rawak telah dipilih bagi tujuan tinjauan awal ini menggunakan analisis tekstual. Dalam tinjauan analisis awal ini, terdapat beberapa fitur wacana dalam penggunaan istilah saintifik dalam penulisan akhbar ini bagi tujuan menyampaikan ilmu sains. Antaranya termasuklah penggunaan:

 • Istilah bahasa Inggeris

• Istilah bahasa Melayu (baharu)

• Istilah atau frasa bahasa Inggeris

• Kedua-dua istilah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

 Istilah Pinjaman Bahasa Inggeris

Dalam wacana penulisan akhbar ini, penggunaan frasa kata yang menggabungkan penggunaan perkataan bahasa Melayu dan pinjaman istilah perkataan daripada bahasa Inggeris menjadi gaya penulisan wacana dalam bacaan akhbar umum (Jadual 1). Mungkin akan timbul pertanyaan, adakah perlu dipinjam istilah bahasa Inggeris? Penggunaan istilah bahasa Inggeris sebagai istilah bahasa Melayu telah diterima selaras dengan dasar memartabatkan bahasa Melayu yang ditegaskan dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152), iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Dalam Penyata Razak (1956) serta Akta Pendidikan (1996), bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa perantara pada peringkat sekolah rendah hingga peringkat Universiti (Kamal Shukri, 2007).

Leave a Reply