Kita Dan Bahasa (Bahagian Pertama)

OLEH: MOHD TARMIZI HASRAH

 Manusia merupakan “haiwan yang berkata-kata”. Dengan berkata-kata, manusia unik, lantas menjarakkan mereka daripada mahkluk lain. Benar, makhluk lain juga boleh “berkata-kata”, namun haiwan berkata-kata dalam bahasanya sendiri. Bagaimanakah rupa bahasanya, tiadalah kita pasti.

        Memang ada percubaan bagi merungkai bahasa lebah, ikan lumba-lumba, atau cimpanzi. Akan tetapi, walau segagah mana pun keringat dicurahkan, ternyata usaha tersebut tetap menemui jalan buntu. Hal ini demikian kerana walaupun dikatakan bahawa haiwan tersebut “berbahasa”, namun, realiti psikologi dan wahana keupayaan berbahasanya masih belum diketahui secara tuntas. Sehingga kini, kita tidak mengetahui apakah yang muncul dalam otak lebah ketika “berbahasa”. Kita juga tidak tahu sama ada bahasa lebah merupakan bahasa berlambang sebagaimana bahasa manusia.

        Keunikan manusia berkata-kata telah banyak dikemukakan oleh ahli falsafah dan ahli bahasa. Jadi, pemaparan satu bukti sahaja pun sudah mencukupi. Barangkali bukti ini agak terkenal, terutamanya dalam tradisi Cartesian, iaitu, kata-kata manusia dijana melalui “keterhinggaan” perkataan yang berupaya menjana ayat yang tidak terhingga.

Leave a Reply