PASARAN BUKU ILMIAH TEMPATAN MERENTAS SEMPADAN

Oleh: HASRI HASAN

Buku ilmiah atau buku pengajian tinggi merupakan jenis penerbitan yang berpotensi tinggi selain penerbitan buku teks dan rujukan sekolah. Penerbitan buku jenis ini dikatakan berpotensi kerana beberapa faktor yang menyokong. Sesuatu yang sangat nyata ialah saiz pasaran yang menjadi sasarannya adalah sangat besar di Malaysia serta kuasa beli yang ada pada penggunanya.

             Pada tahun 2014, terdapat kira-kira 400 buah institusi pengajian tinggi di Malaysia yang meliputi 20 buah universiti awam, 27 buah universiti swasta, 31 buah kolej universiti dan 323 buah kolej berdaftar. Angka-angka ini tidak termasuk bilangan institut pengajian guru, politeknik serta kolej komuniti di seluruh negara. Bilangan universiti dan kolej ini menempatkan kira-kira 1 156 300 orang pelajar pengajian tinggi dari peringkat sijil hingga peringkat doktor falsafah Statistik yang bersumberkan Perangkaan Pendidikan Negara 2013: Sektor Pengajian Tinggi yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia ini secara tidak langsung menunjukkan betapa besarnya saiz pasaran buku ilmiah.

Kebanyakan pelajar atau penyelidik yang menggunakan buku ilmiah dan pengajian tinggi ini amat memerlukan buku ini sebagai rujukan mereka. Pembaca ini memiliki kuasa beli kerana mereka mendapat sumber kewangan sama ada daripada biasiswa, pinjaman pelajaran atau geran penyelidikan. Mereka memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membeli buku teks atau rujukan pada setiap semester pengajian.

 

Leave a Reply