PU4

Merapatkan Jurang Bahasa Tiga Negara

Oleh SAIDAH KAMIN

Tarikh 1 hingga 8 Jun 2014 menyaksikan Indonesia mengambil giliran sebagai tuan rumah Sidang Ke-53 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Sidang yang berlangsung selama enam hari ini mempunyai tiga kegiatan utama, iaitu Sidang Pakar Ke-27 MABBIM pada 2 hingga 3 Jun, Seminar Kebahasaan MABBIM (4 hingga 5 Jun), dan Sidang Eksekutif Ke-53 MABBIM (6 hingga 7 Jun). Hotel Sultan di kota raya Jakarta, Indonesia yang memiliki segala kemudahan penginapan dan persidangan menjadi medan pertemuan tokohbahasa, para ilmuwan dan pejuang serta peminat bahasa sepanjang seminar dan sidang berlangsung.

Seperti biasa, Sidang Ke-53 MABBIM ini menghimpunkan kirakira 40 orang perwakilan dari tiga buah negara anggota MABBIM. Perwakilan Malaysia diketuai oleh Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, manakala perwakilan dari Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Dayang Hajah Aminah binti Haji Mokmin. Sementara tuan rumah Indonesiadiketuai oleh Prof. Dr. Mahsun.

___

Rencana ini dipetik dari Dewan Bahasa, Jun 2014.

Leave a Reply