Kata Sinonim

Leksikologi

Oleh S. NATHESAN

Dalam bukunya Russian Lexicology, N. M. Shanskii berpendapat bahawa dalam ilmu leksikologi setiap perkataan dikaji dari pelbagai sudut. Antaranya termasuk dari sudut maknanya, kedudukannya dalam sistem perkataan secara umum, asal usulnya dan sifat stilistiknya. Apabila diteliti kosa kata bahasa Melayu, setiap perkataan memperlihatkan hubungan makna antara satu sama lain, iaitu makna dari segi antonimi, homonimi dan sinonimi.

Semua perkataan mendukung makna. Ada kalanya, terdapat dua perkataan atau lebih yang mendukung makna yang sama atau hampir sama. Dalam ilmu linguistik, khususnya dalam bidang semantik, perkataan sedemikian dirujuk sebagai kata “sinonim” atau perkataan seerti.

Sinonim didefinisikan dalam Kamus Dewan sebagai kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, seperti “cantik” dengan “indah” dan “cepat” dengan “pantas”. Howard Jackson dalam Key Terms in Linguistics menerangkan “sinonimi” sebagai hubungan maksud tentang kesamaan atau kesamaan makna. Dua perkataan dikatakan bersinonim apabila makna suatu perkataan bertindih dengan makna perkataan yang lain, seperti “ibu” dengan “emak” dan “murid” dengan “mahasiswa”.

Kesinoniman dapat dijelaskan dengan meneliti komponen makna yang terdapat dalam kedua-dua perkataan tersebut. Berdasarkan analisis komponen makna perkataan emak dan ibu, didapati bahawa kedua-dua perkataan tersebut berkongsi beberapa komponen makna yang sama. Ada juga komponen yang terdapat dalam kata ibu tidak terdapat dalam kata emak. Misalnya, dalam kata emak tidak terdapat komponen makna “haiwan”, “objek” dan “kawasan”. Oleh yang demikian, keduadua kata tersebut tidak dapat dianggap sebagai sinonim sejati. P. H. Matthews dalam Oxford Concise Dictionary of Linguistics mengkategorikan pasangan kata seperti ini sebagai “sinonim sebahagian”

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Disember 2012.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • PDF
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
Kata Sinonim

18 Komen

    1. assalamualaikum , apakah sinonim bagi Kuala. ayatnya ialah Kuala Sungai Langat akan dibangunkan sebagai pelabuhan yang moden. yang dia nak sinonim ialah Kuala. :)

    2. huhuhu says:

      thankzzz semua…

    3. balqis says:

      sinonim bagi emak buyung

    4. Nur Aishah binti Mohd Rosdi says:

      Assalamualaikum nak mencari kata sinonim dgn baik dalam mata pelajaran (Bahasa Melayu) penulisan !!!!!! Blh x yg mn kesian berdoa la sikit untuk saya ,azwa,nuzul, and fathin Dan fatini ini semua bagi mata pelajaran bahasa melayu penulisan please la berdoa untuk kami semua blh x kalau x blh x pa la maknanya kami pun x kan berdoa untuk korang la selama2 Nya hahaahahahahaha!!!!!!!!!!

    5. TG. ARYSSA PUTRI says:

      MANA KATA SINONIM

    6. tasha says:

      x de pon mksd yg sye nk!!!!

    7. tasha says:

      sorry klu terasa ye!!!

    8. pelajar says:

      Assalamualaikum….
      Cikgu apakah perkataan seerti dengan “sebab”

    9. Isa says:

      Dertyay trgfhgh

    10. Maksud perkataaan “diskaun”

    11. mereka hendaklah bekerjasama

Hantar Maklum Balas

Kata Sinonim

0 Trackbacks