Jong dan Mendam Berahi

Peradaban maritim merujuk bandar pelabuhan utama yang terletak di lokasi strategik di persimpangan jalan perdagangan laut antara dunia Barat dengan dunia Timur. Tidak seperti peradaban lain di dunia, peradaban Melayu merupakan satu-satunya peradaban maritim.

     Kerajaan maritim Melayu yang utama dalam sejarahnya, antaranya termasuklah kerajaan Kun-lun, Srivijaya, Melaka, Majapahit, Champa, Banten, Demak, Patani, Makassar, Brunei, Banjar, Sulu, dan Ternate.

     Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan dalam tulisan beliau yang bertajuk “Bahasa Melayu yang menjadi Teras Peradaban Melayu Maritim”, menyatakan bahawa “Wilayah samudera yang diduduki oleh manusia Melayu sebenarnya adalah sangat luas, seluas Lautan Teduh (Pasifik) dan Lutan Hindia. Manusia yang menuturkan bahasa Melayu dan bahasa yang sekerabat dengannya terbesar dari Pulau Krismas di Timur hingga ke Pulau Madagaskar di Barat; daripada perkataan waikiki yang bermaksud ‘tepian air’ di Hawaii, kepada antananarivoo yang bermakna ‘tanah seribu’ di Madagaskar”.

       Dalam kerajaan maritim Melayu silam, kapal merupakan aset terpenting yang menjadi lambang kekuatan dan kemegahan. Kapal merupakan armada yang bukan sahaja merujuk kapal perdagangan tetapi juga kapal terbang.

     Sebagai sebuah kerajaan maritim utama Melayu silam, Melaka menjadi bandar pelabuhan tersibuk dan paling berpengaruh di dunia pada pertengahan abad ke-15. Dalam teks Suma Oriental of Tome Pires, diperihalkan tentang 84 jenis bahasa pertuturan di pasar Melaka.

     Pada zaman kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 pula, muncul Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique de Malacca, seorang pemuda berketurunan Melayu, yang dibeli di pasar Melaka oleh Ferdinand Magellan. Panglima Awang turut menyertai misi pelayaran Magellan menggelilingi dunia (1519-1522).

Ritah Yahaya

Maritime Museum Melaka

Bahasa Melayu dan Rekayasa Warisan Maritim Melayu

Maritime Museum MelakaOleh ROZITA CHE RODI dan HASHIM MUSA

“Kearifan tempatan atau local wisdom merujuk definisi yang berteraskan ilmu dan kepakaran yang berasal daripada budaya tempatan, berkembang dari semasa ke semasa dan kemudiannya diserap masuk ke dalam masyarakat yang merupakan sejumlah ilmu yang disimpulkan daripada pengalaman sebenar yang dialami dalam tempoh yang sangat panjang berakarkan budaya tempatan di Malaysia atau Nusantara apatah lagi di dunia. Maka, kita sebenarnya kembali kepada jati diri dan ingin meletakkan khazanah dan kekayaan yang tersimpul dalam sesuatu masayarakat dengan memberikan pengiktirafan yang sewajarnya.

       Itulah keistimewaan kearifan tempatan yang ada, yang seharusnya dipelajari, disesuaikan dengan keadaan semasa dan masa hadapan atau mungkin pula sesetengahnya amat wajar dikembalikan dalam usaha untuk menjulang kelestarian dan kelangsungan hidup umat manusia pada masa hadapan.”

-Mantan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dalam ucapan perasmian Persidangan Serantau Kearifan Tempatan Ketiga, 6-7 Oktober 2013, Merang, Terengganu.

Peradaban Melayu tradisional merupakan peradaban maritim. Hal ini berdasarkan kedudukannya di perairan dan kepulauan Asia Tenggara. Lokasi penempatannya dan pemerintahannya di kepulauan Melayu berpusat di beberapa buah bandar pelabuhan utama.

      Kedudukan bandar pelabuhan utama yang strategik di persimpangan jalan perdagangan laut antara dunia Barat dengan dunia Timur mencetuskan kegiatan perdagangan maritim yang pesat. Hal ini dibantu pula oleh tiupan angin monsun dari barat ke timur pada musim panas dan dari arah barat ke timur pada musim panas dan dari arah timur ke barat pada musim sejuk, membawa kapal layar daripada arah yang berbeza pada musim yang berbeza. Semasa ketiadaan angin di antara dua musim itu, pedagang terpaksa berlabuh di pelabuhan.

Petikan diambil dari majalah Dewan Bahasa terbitan Februari